Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lebih 1,000 pengunjung meriahkan ECO Free Market

SHAH ALAM, 26 APR: Program sulung #ECO Free Market anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sambutan menggalakkan dengan menerima lebih 1,000 pengunjung pada Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata selain orang awam, seramai 120 orang anak yatim turut dijemput khas bagi memilih dan mengambil barangan diperlukan.

Katanya, antara barangan disumbangkan termasuk pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan.

MBSA
 

“Rata-rata pengunjung yang hadir menyatakan sokongan dan mengharapkan ia dapat diadakan secara kerap seterusnya memberi manfaat kepada orang ramai khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Program ini juga merupakan platform kepada komuniti Shah Alam untuk menyertai aktiviti amal dengan mengedarkan barangan keperluan secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Bertempat di Taman Sukan Lasak di Seksyen 13, seramai 300 pengunjung terawal menerima beg bermotifkan ‘eco friendly’ secara percuma.

Shahrin berkata, program #ECO Free Market berkonsepkan ‘Less is More’ dan merupakan alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.

“Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL) turut menghantar sukarelawan untuk membantu MBSA sepanjang program ini.

“Tiga buah restoran sekitar Shah Alam juga bertindak menaja makanan tengah hari anak-anak yatim,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-09-28 15:15:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page