Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bas Smart Selangor di Sabak Bernam beroperasi 18 Mei

SABAK BERNAM, 13 MEI: Penduduk Sabak Bernam berpeluang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor lebih awal daripada jangkaan apabila ia mula beroperasi pada 18 Mei ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkhidmatan meliputi perjalanan sejauh 27 kilometer itu melibatkan kos sebanyak RM633,000 yang akan ditanggung Kerajaan Negeri.

AZMIN HIJRAH“Kalau ikut rekod ucapan saya dua bulan lalu, saya sudah umumkan bahawa InsyaAllah pertengahan tahun ini perkhidmatan bas percuma akan sampai ke Sabak Bernam.

“Itu dua bulan lepas saya jangkakan pertengahan tahun tetapi bila saya semak balik rupanya boleh buat lebih awal.

“Saya nak umumkan operasi bas percuma Smart Selangor akan bermula pada 18 Mei ini, InsyaAllah,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Katanya, perjalan Bas Smart Selangor itu akan menghubungkan pekan Sabak Bernam, Taman Air Manis, pekan Sungai Besar, Sungai Hj Dorani, pekan Sungai Lima, pekan Sungai Nibong, pekan Pasir Panjang dan pekan Sekinchan.

Katanya, sama seperti dilancarkan di daerah lain sebelum ini, Bas Smart Selangor bagi kawasan Sabak Bernam juga menggunakan bas baru dilengkapi kemudahan wifi, kemudahan warga emas dan tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 00:51:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page