Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bas Smart Selangor di Sepang Mei ini

SEPANG, 13 MEI: Penduduk di Sepang bakal menikmati perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dijangka dilancarkan pada minggu ketiga Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Puasa Md Taib, berkata sejumlah RM600,000 diluluskan Unit Perancangan Negeri (Upen) kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk pelaksanaan program terbabit.

PuasaKatanya, mesyuarat pada Januari lalu bersetuju menyediakan dua bas di laluan ditetapkan sebagai percubaan melihat sambutan penduduk terutama di Sepang.

“Kemudahan bas ini akan melalui perjalanan sejauh 58.4 kilometer melalui Tanjung Sepat, Sungai Pelek, KLIA hingga ke ERL Salak Tinggi.

“Tempoh perjalanan bagi setiap perjalanan sehala mengambil masa sejam 50 minit ketika waktu puncak,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, Puasa berkata, kemudahan percuma diwujudkan bagi mengurangkan sara hidup rakyat Selangor, selain menggalakkan pengurangan ‘carbon foot print’.

“Jika sambutan menggalakkan dan perlu tambahan, barulah kita akan maklumkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 00:57:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page