Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sistem kehakiman syariah Selangor tarik perhatian dunia

SHAH ALAM, 19 MEI: Kemajuan sistem kehakiman syariah di Malaysia khususnya Selangor menarik perhatian masyarakat antarabangsa dalam majlis makan malam anjuran The Trial court of the Commonwealth of Massachusetts, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Perkongsian dilakukan dalam ucapan disampaikan Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam majlis itu mendapat maklum balas memberangsangkan daripada kalangan hakim Mahkamah Keluarga dan Probate Massachusetts.

Pujian diberikan mengenai sistem pewarisan, bantuan sokongan keluarga serta falsafah dan konsep Islam dalam aspek prosedur, penghakiman dan pelaksanaan perintah dipraktikkan di Selangor.

Dr Mohd Na'im Mokthar“Daripada maklum balas diperoleh, ucapan saya sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada hakim yang hadir berkenaan Islam sebenar.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat bukan Islam di Amerika Syarikat mempunyai persepsi negatif terhadap kehakiman dan perundangan Islam berikutan mendapat maklumat yang salah dan tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata, mereka turut tertarik dengan keindahan dan keadilan diberikan Islam dalam mengiktiraf dan mengangkat martabat kaum wanita melalui sistem perundangan Islam.

Majlis diadakan di Cranwell Spa and Golf Resort, Lenox, Massachusetts itu bersempena dengan Conferense of Probate and Family Court Judges for the State of Massachusetts, United States of America anjuran Harvard Law School.

Ketua Hakim Mahkamah Bicara Massachusetts, Paula M Carey turut melahirkan keterujaan terhadap kemajuan sistem kehakiman syariah di Selangor.

“Ini terutama berhubung pengurusan data secara digital dan mempercepatkan proses perceraian melalui proses kerja ‘fast track’ bagi kes cerai diperkenalkan sejak November 2014.

mahkamah syariah“Ia adalah ruang yang boleh Massachusetts pelajari dari Selangor,” katanya.

Dr Mohd Na’im, mantan felo pelawat Universiti Harvard (UH) dan Universiti Oxford (UO) mengadakan lawatan rasmi ke Massachusetts, Amerika syarikat atas jemputan UH dan Ketua Hakim, Massachusetts, Paula Carey.

Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ahmad Darul Akmal Mohamed Ali dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Antara sesi lawatan itu, Dr Mohd Na’im dan rombongan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Hakim Mahkamah Agong dan Ketua Hakim Mahkamah Bicara Massachusetts di John Adam Courthouse, Boston.

Persidangan disertai mereka turut dihadiri prefesor, ahli akademik, hakim dan pengamal undang-undang dari beberapa negara luar.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:09:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page