Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM50 juta kerja gantian paip, atasi NRW

SHAH ALAM, 16 JUN : Peruntukan RM50 juta dikeluarkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kebocoran paip, Non Revenue Water (NRW) di seluruh negeri.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata kerja gantian paip lama di 12 hostpot bermula secara berperingkat sepanjang tahun ini.

“SYABAS memperuntukkan RM50 juta untuk kerja penggantian paip lama di 12 hotspot, ia itu di Taman Melawati, Gombak Setia, Taman Seri Gombak, Brickfields, Kg. Cheras Baru, Bandar Tun Razak dan Jalan Meru.

“Selain itu di Persiaran Kayangan, Kg. Tasik Permai, Bandar Rinching Seksyen 2, Country Heights dan Bandar Rinching Seksyen 5.

“Kerja-kerja penggantian paip lama untuk 12 hotspot ini dijangka akan siap pada Disember 2017,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas inisiatif Kerajaan Negeri memastikan masalah NRW di seluruh negeri dapat diatasi bagi mengelakkan sebarang kerugian berhubung masalah itu.

Sebelum ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.821 juta akibat kecurian air dari 1 Januari sehingga 24 Mei.

BOCORJumlah itu diperoleh hasil daripada 261 notis dikeluarkan SYABAS membabitkan kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pada masa sama, jumlah tersebut meliputi pengunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu bagi tempoh sehingga Mei.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan NRW sebanyak 25 peratus mampu dicapai tahun ini.

 

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:27:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page