Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pengecualian cukai pembangunan, pemaju digalak bina Rumah SelangorKu

SHAH ALAM, 25 JUN : Pengecualian cukai pembangunan kepada pihak pemaju antara inisiatif Kerajaan Negeri menggalakan lebih banyak projek perumahan Rumah SelangorKu dibangunkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata ketetapan itu diambil rakyat kurang berkemampuan boleh memiliki kediaman sendiri.

“Kita jalankan program insentif dengan menawarkan pengecualian caj pembangunan dan pengurangan premium untuk memberi insentif kepada pemaju membina Rumah SelangorKu.

“Apabila program ini diperkenalkan, kita harap berlaku penambahan dan kepadatan lagi projek pembangunan sehingga 120 unit kediaman setiap satu ekar,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Iskandar berkata Kerajaan Negeri juga kini sedang mempertimbang untuk menawarkan pinjaman pembiayaan kepada pemohon Rumah SelangorKu.

Beliau berkata, tawaran tersebut terbuka kepada pemohon yang gagal mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

“Kita kenalpasti ada pemohon yang gagal mendapat pinjaman (kewangan) daripada pihak bank atas faktor tertentu.

“Jadi Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah dana pinjaman kepada mereka untuk membeli Rumah SelangorKu,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mensasarkan mampu membina 70,000 unit Rumah SelangorKu menjelang 2020.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:48:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page