Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SIC, PKNS fokus pembangunan RM200 juta Selangor Cyber Valley

SHAH ALAM, 2 OGOS : Selangor Industrial Corporation (SIC) fokus merancakkan lagi program pembangunan RM200 juta di Selangor Cyber Valley di Cyberjaya.

Pengarah Urusannya, Ir Zulkefli Khalid, berkata pihaknya kini menjalinkan kerjasama bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meningkatkan kemudahan fasiliti di kawasan pinggir bandar.

“Pembangunan Selangor Cyber Valley di bawah PKNS dimajukan menerusi projek pembangunan industri di kawasan itu dengan menyediakan bangunan perusahaan berteknologi kini.

“Kemudahan ini dipergiat bagi menarik pelabur dari luar untuk datang ke Selangor menggunakan kemudahan dan prasarana terbaik disediakan SIC.

“Sehingga kini untuk 2017, untuk perbelanjaan dengan penilaian harga tanah di Selangor Cyber Valley dianggarkan bernilai RM200 juta,” katanya.

Bagaimana, pihaknya terus menjalinkan kerjasama bersama PKNS membuat penilaian kos lain sekiranya wujudnya pertambahan kos pada masa depan.

CP2A0062“Sehingga kini gerak kerja ini masih di peringkat perbincangan bersama PKNS dan butir pelaksanannya dibuat kemudian,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Baru SIC di Vista Alam, Seksyen 14 di sini.

Dalam perkembangan itu, kompleks baru SIC disifatkan lebih komprehensif untuk memainkan peranannya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri.

Terletak di Pusat Bandar Shah Alam, kompleks tersebut menyediakan kemudahan dan fasiliti kepada tenaga kerjanya.

“Ini bukan sekadar perpindahan biasa, kerana penghijarahan ini menjadikan kami lebih fokus membantu Kerajaan Negeri merealisasikan dasar ekonomi,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:12:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page