Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kontinjen SUK ungguli perbarisan Hari Kemerdekaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 31 OGOS: Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Pelbagai acara disajikan antaranya persembahan tarian kebudayaan dan perarakan perbarisan 63 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan NGO.

Kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengungguli pertandingan perbarisan Hari Kemerdekaan bagi kategori Jabatan Kerajaan.

Mereka mengenepikan saingan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berada di tempat kedua manakala Perbendaharaan Selangor ketiga.

Bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya menewaskan pesaing terdekat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berada di tempat kedua sementara ketiga diduduki Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

CP2A3070-1024x683Kuala Selangor pula menggungguli kategori Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dengan PTD Petaling di tempat kedua manakala Sepang ketiga.

Penjara Sungai Buloh pula menjadi johan bagi kategori Jabatan Kerajaan (Beruniform) menewaskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor di tempat kedua sementara Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor ketiga.

Selain itu, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Aris Ariwatan dan Roy serta Kumpulan Koir MBPJ.

Hadir sama dalam sambutan itu Ketua Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, pegawai tertinggi agensi kerajaan serta barisan Ahli Dewan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut merakamkan penghargaan khusus kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas persembahan hebat dalam perarakan kemerdekaan.

Selain itu, hadirin turut berpeluang melihat persembahan kawat senyap daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tambo dan Tempur Tanpa Senjata daripada 11 Bridged.

Menjelang detik 12.00 tengah malam, hadirin bersama-sama membaca ikrar Rukun Negara dan disusuli laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Dato’ Menteri Besar serta percikan bunga api hampir sepuluh minit yang memeriahkan langit bandaraya Shah Alam.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:31:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page