Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Exco turun padang, bantu 34 keluarga mangsa air laut pasang besar

SHAH ALAM, 20 SEPT : Prinsip peduli rakyat menjadi komponen utama pentadbiran negeri memastikan nasib masyarakat terbeban terus dibantu.

Terbaru, 34 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Kampung Tok Muda, susulan fenomena air laut pasang yang berlaku di perairan negeri, sejak semalam.

Inisiatif gerak kerja itu dizahirkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turun padang meninjau dan menyerahkan bantuan kelengkapan kepada mangsa.

Antara barangan keperluan diserahkan kepada penduduk seperti tikar, selimut, bantal, tuala, peralatan mandi dan kemudahan ‘kediaman sementara’.

Dalam perkembangan itu, semalam Daroyah bersama agensi kerajaan terlibat turun padang meninjau perkembangan hakisan sungai di Kampung Sungai Serdang, Klang.

pasang-besarTinjauan tersebut mendapati, persekitaran paya bakau di kawasan tersebut tidak lagi dapat menampung struktur tanah yang menyebabkan hakisan.

Komited memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, masalah tersebut telah dibawa kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk tindakan segera.

“Seawal jam 8.30 pagi ini, air laut sekali lagi melepasi ban yang sepatutnya menjadi penghadang dari air laut naik ke daratan dan sekaligus membanjiri beberapa kawasan.

“Masalah ini telah dipanjangkan kepada JPS dan Jabatan terlibat dan berharap agar kejadian sama tidak berulang,” katanya menerusi kenyataan ringkas pagi ini.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:43:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page