Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Blueprint Smart Selangor version 1.0 siap penghujung 2016

SHAH ALAM, 30 SEPT: Blueprint Smart Selangor version 1.0 dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

Wakil Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Badli Shah Muhd Salleh berkata, ia mengambil kira pandangan dan cadangan hasil Lab Smart Selangor yang berlangsung sejak pertengahan Jun lalu.

“Kita memperoleh input sangat berguna diberikan peserta lab yang terdiri daripada agensi dan jabatan berkaitan.

“Blueprint version 1.0 akan memaparkan fokus dan solusi sesuai menyelesaikan sesuatu isu demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Bermula 27 Jun lalu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menganjurkan Lab Smart Selangor yang dikendalikan syarikat konsultasi antarabangsa, Frost & Sullivan.

Peserta merupakan wakil agensi kerajaan seperti pejabat daerah dan tanah (PDT), pihak berkuasa tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan (GLC) dan syarikat utiliti.

Perbincangan meliputi 12 domain termasuk ‘Smart Governance’, ‘Smart Development’, ‘Smart Digital Infrastructure’, ‘Smart Waste Management’ dan ‘Smart Education’.

Domain lain adalah ‘Smart Energy’, ‘Smart Water Management’, ‘Smart Agro’, ‘Smart Transport and Mobility’, ‘Smart Safety and Security’, ‘Smart Disaster Management’ dan ‘Smart Healthcare’.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 03:11:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page