Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Anak Sungai Besar dinobat Tokoh Maal Hijrah 1438

SHAH ALAM, 2 OKT: Tokoh Maal Hijrah 1438 peringkat Selangor dinobatkan kepada Dato’ Muhammad Hasri, 69, atas sumbangan dan jasa bakti beliau membangunkan ummah juga pembinaan Tarannum Al-Quran di negeri ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri berserta RM10,000 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, cenderahati Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

Anugerah disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili DYMM Sultan Selangor.

Majlis penganugerahan diadakan sempena Majlis Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah 1438 peringkat negeri di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Tengku Laksamana turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Saudara kita kepada Muhammad Adnan Pitchan, Tokoh Keluarga Mithali kepada Mat Ellah Md Nor, Tokoh Aktivis Masyarakat kepada Mohd Zainuddin Abu Bakar dan Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela kepada Persatuan Cina Muslim Cawangan Selangor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ayha; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Dr Daroyah Alwi dan Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahab.

img_9571Muhammad Hasri yang juga anak jati Sungai Besar dilahirkan pada 17 Mei 1947 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Besar seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Beliau mula terlibat secara aktif mempelajari Tarannum Al-Quran dan pernah menjadi johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri sebanyak dua kali dan johan bagi peringkat Wilayah Persekutuan sebanyak lima kali.

Beliau juga pernah menjadi Hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan bermula dari 1994 hingga kini dan pernah menjadi Qari jemputan di Indonesia, Thailand, Libya, Arab Saudi, China, Taiwan, Morocco juga Pakistan.

Tokoh ini juga turut menyumbang dalam bidang penulisan bagi Modul Tarannum JAKIM dan Bacaan Rawi peringkat Kebangsaan serta pernah mewakili Malaysia ke Persidangan Al-Quran di Brunei dan Libya.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan kepada individu yang banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara dalam pembabitan pelbagai aktiviti seperti sosial, ekonomi juga pendidikan yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 03:18:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page