Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Delegasi Korea Selatan ke Petaling Jaya jalin kerjasama serantau

SHAH ALAM, 29 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalinkan hubungan kerjasama serantau bersama Bandaraya Seongbuk-Gu Seoul, ke arah mengukuhkan peranan kedua-dua bandaraya itu.

image

Pertemuan diadakan bagi menandatangani persefahaman “Letter Of Intent’ sebagai inisiatif mengaplikasikan pengurusan pentadbiran bandar lebih bersistematik.

“Majlis menandatangani ‘Letter Of Intent’ diantara kedua-dua bandaraya juga dibuat bagi mengukuhkan persahabatan dan mempelajari ‘best practices’ yang diamalkan oleh kedua-dua bandaraya,” kata MBPJ dalam kenyataan di Facebook.

Bandaraya Sengbuk-Gu, Seoul diketuai Datuk Bandarnya, Kim Young-Bae, sementara Mohd Azizi Mohd Zain selaku Datuk Bandar mewakili Petaling Jaya.

Perbincangan tersebut turut tertumpu kepada usahasama ke arah mewujudkan kelestarian Petaling Jaya dan Seongbuk bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

unnamedDalam perkembangan sama, memorial simbolik ‘Sister Cities Square’ turut dibuat sebagai bukti pengukuhan kerjasama tersebut.

Sebelum ini MBPJ giat melaksanakan pelbagai program dan hubungan kerjasama bersama bandaraya dari luar ke arah meningkatkan prospek pembangunan ekonomi dan hubungan dagang serantau.

Antara usahasama tersebut termasuklah mengadakan kerjasama dengan 3 buah bandaraya iaitu Bandung, Indonesia; Guangzou, China dan Saitama, Jepun.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-31 12:00:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page