Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jangan jadikan "aset" jadi perangkap maut

DENGGI-GRAFIK

AMPANG, 6 NOV: Barangan elektrik tidak digunakan atau rosak seperti mesin basuh dan peti ais disimpan di ruang belakang rumah ekoran dianggap ‘aset’ mampu menjadi perangkap maut kepada ahli keluarga atau masyarakat setempat.

Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Mohammad Nazarudin Bahari berkata, hal ini terjadi apabila tanpa disedari barangan lusuh terbabit sering menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Biasanya punca pembiakan aedes ini adalah di belakang rumah mereka di mana mereka menganggap barang lusuh ini aset sedangkan barang itu tidak digunakan seperti pasu, mesin basuh dan akhirnya menjadi tempat nyamuk aedes yang kita tahu menjadi agen wabak demam denggi.

“Barang lama dan besar ini wajar dibuang untuk diambil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” kata Mohammad Nazarudin kepada SelangorKini pada Program Gotong Royong Jelajah Selangor di Taman Bukit Mulia di sini, hari ini.

Ketika menyentuh wabak demam denggi di Taman Mulia, beliau menjelaskan lokasi terbabit pernah dikenal pasti sebagai salah satu lokaliti hotspot di Ampang pada Oktober lalu tetapi berjaya diatasi apabila tiada lagi kes baru pada bulan berikutnya.

“Selepas itu dengan adanya penubuhan skuad COMBI (Komunikasi Untuk Kesan Tingkah Laku) mereka berjaya memutuskan transmisi wabak ini di mana kita berjaya keluarkan taman ini daripada zon tidak terkawal atau hot spot,” katanya lagi.

Jelasnya, antara faktor penyumbang terjadinya wabak denggi termasuklah usia pembukaan Taman Bukit Mulia yang sudah menjangkau lebih 20 tahun.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 11:23:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page