Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Basmi kemiskinan lebih efektif guna SPS & SPI

SHAH ALAM, 8 NOV: Usaha pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan lebih efektif melalui pengiraan indeks kemiskinan serta sistem Smart Prihatin Selangor (sistem SPS) dan Indeks Prihatin Selangor (SPI).

Exco Kemiskinan, Kerajaan prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, sistem itu berupaya melihat individu layak dan diklasifikasikan sebagai miskin.

Katanya, SPI menilai faktor menyebabkan kemiskinan dalam tiga dimensi merangkumi kesihatan, pendidikan dan taraf hidup.

“Diadaptasi daripada Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ‘Multidemensional Poverty Index -MPI’ yang mana merupakan pengukuran antarabangsa terhadap masalah kemiskinan di 110 negara membangun.

“Kombinasi penggunaan PGK dan SPI ini bersifat dinamik yang membantu Kerajaan Negeri mengenalpasti siapa miskin dan mengapa berlakunya masalah itu. Impaknya, usaha pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan secara efektif,” katanya.

Ganabatirau berkata, bagaimanapun Kerajaan Negeri masih meneliti dan mengkaji semula hasil dapatan kajian ini secara mikro dari pelbagai aspek termasuk kewangan, ekonomi, sosial dan politik bagi memastikan hasil kajian yang diperolehi menyeluruh.

dns-2016Katanya, hasil kajian itu dijangka menjadi sumber rujukan utama dalam membolehkan dan memudahkan Kerajaan Negeri mengenalpasti, merangka serta hala tuju, strategi dan dasar baru serta peruntukan yang lebih komprehensif.

“Selain itu, ia dilihat membolehkan pemberian bantuan dapat disalurkan mengikut keperluan semasa dalam memastikan golongan sasaran terus mendapat manfaat serta peluang ekonomi secara saksama tanpa mengira etnik dan latar belakang,” katanya.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata, seramai 9,000 isi rumah mewakili lebih 40,000 sebagai respondan daripada sembilan daerah bagi pelaksanaan Kajian Kadar Kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

“Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2014, jumlah penduduk Selangor seramai 5.8 juta, oleh itu saiz sampel selari dengan saranan saiz sampel mengikut Krejcie & Morgan (1970) dan Cohen (1992) digunapakai oleh penyelidik seluruh dunia.

“Kajian itu dilaksanakan oleh Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang mendapatkan khidmat nasihat di peringkat nasional dan antarabangsa dari pelbagai sudut antaranya Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan University Oxford,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 14:51:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page