Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Peruntukan KAFA & Maahad Integrasi ikut gred operasi

SHAH ALAM, 8 NOV: Peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Air (KAFA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi dan kelayakannya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi berkata, sekolah agama seluruh negeri turut mendapat kemudahan dan pemantauan berterusan Kerajaan Negeri.

“Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi Gred A, peruntukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C RM222,600.

“Bentuk kemudahan ini juga termasuklah pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru kafa dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan sokongan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman di Sidang Dewan Selangor (DNS) yang membangkitkan peruntukan tahunan bagi sekolah rendah agama, seluruh negeri.

DNS 2016Sebelum ini, prospek pembangunan dan kemudahan pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) Cina dan Tamil turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2017 berkata, peruntukan berkenaan melonjak daripada tahun sebelumnya, sebagai memastikan kualiti pendidikan terus diberdaya.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16 juta semenjak 2013 bagi infrastruktur pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T).

“Belanjawan 2017 mencadangkan peruntukan bagi SAR dinaikkan kepada RM9 juta, manakala SJK(C) dinaikkan kepada RM7 juta dan SJK(T) dilonjakkan peruntukan kepada RM5 juta,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 14:58:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page