Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Amal sistem efisien atasi isu pembangunan strata

SHAH ALAM, 14 MAC: Pindaan ke atas Akta Hak Milik Strata yang dilakukan sebelum ini masih belum dapat mengatasi cabaran dan isu walaupun mengalami kebanjiran pembangunan kediaman strata, seawal 70-an.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, kira-kira 20 peratus rakyat negara kini menghuni kediaman berstrata dan lebih 1.5 juta petak dibina serta diduduki, manakala 300,000 lagi dalam proses pendaftaran, pada pertengahan 2016.

Katanya, Selangor melalui Pejabat Tanah dan Galian komited menyelesaikan masalah melalui pindaan akta baru dan membangunkan sistem efisien serta selamat.

“Akta Hakmilik Strata dikuatkuasakan pada 1 Jun 1985 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menyediakan peruntukan perundangan dalam pendaftaran dan pengeluaran dokumen hak milik bagi setiap petak dalam skim pembangunan berstrata.

“Akta itu turut dipinda beberapa kali iaitu pada 1990, 1996, 2001, 2007, 2015 dan 2016 selaras trend dan perkembangan urbanisasi pembangunan berstrata yang semakin meningkat.

“Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian Persekutuan (JKPTG) menguatkuasakan peruntukan baru Akta Hak Milik Strata A1450 yang memastikan permohonan pecah bahagi bangunan dilaksanakan atau dikenakan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Seminar Smart Strata 2017 di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, seminar terbabit yang diadakan selama dua hari dapat memberi pendedahan dan kefahaman dalam menguruskan strata di negeri itu.

Katanya, ia bertujuan mendapat resolusi kukuh dalam pemahaman dan penguatkuasaan hak milik strata seiring gagasan Smart Selangor yang menjadi teras utama memacu pembangunan negeri mencapai status ‘Smart State’.

“Diharapkan masyarakat dapat menerima dan memahami lebih baik berkenaan hak milik strata dan akta ini dapat dijalankan dengan efektif serta holistik,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:16:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page