Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

2,000 hektar tanah terbiar berpotensi dibangunkan

KUALA SELANGOR, 24 MAC: Terdapat 2,000 hektar tanah pertanian terbiar dikenal pasti di daerah Kuala Selangor yang masih tidak dibangunkan sehingga kini.

Pegawai Pertanian Daerah Kuala Selangor, Mohammad Izwan Hasan berkata, pihaknya masih meneruskan usaha mengesan pemilik tanah terbabit bagi membolehkan ia dibangunkan.

Katanya, beliau mengharapkan kerjasama ketua kampung yang digelar ‘tok sidang’ dalam membantu mencari pemilik tanah berkenaan untuk diusahakan sebagai tapak pertanian.

“Kita mengharapkan kerjasama daripada tok sidang untuk maklum kepada pemilik tanah atau bawa mereka ke Jabatan Pertanian supaya kami boleh bertemu dengan pengusaha yang berminat membangunkan tanah itu.

“Kita ada pengusaha yang berminat mengusahakan tanah itu dalam melaksanakan projek pertanian,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian 2017 Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor.

Katanya, tanah itu akan diusahakan dengan pelbagai kaedah fertigasi mahupun berteknologi tinggi.

“Di Kuala Selangor, penggunaan tanah semakin terhad kerana ada sebahagian yang dibangunkan untuk pembangunan atau sawit.

“Walaubagaimanapun, sumbangan terbesar di daerah ini adalah tanaman padi. Selain itu kita juga merangka pelan strategik bagi 2016 hingga 2020 dengan mensasarkan pembangunan projek fertigasi daripada segi tanaman cili dan rockmelon (tembikai) kerana ia lebih berimpak tinggi,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-30 15:50:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page