Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pembukaan DNS penuh istiadat diserikan keberangkatan keluarga diraja

DNS MAC 17 (20)

 

Isitadat penuh tradisi itu turut diserikan lagi dengan keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Kawalan Kehormatan Utama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyembahkan hormat setia sebaik sahaja keberangkatan tiba baginda di Dataran DNS, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK, di sini, hari ini.

Selepas lagu Negeri Selangor dimainkan, baginda berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama TLDM dengan diiringi Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Speaker DNS, Hannah Yeoh.

Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya bersama Tengku Amir dengan diiringi Mohamed Azmin, Hannah Yeoh dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahya bersama suami dan isteri masing-masing berangkat masuk ke DNS.

Istiadat di Dataran DNS yang disaksikan 56 ahli DNS dan barisan dif kehormat itu turut diiringi pancaragam pusat TLDM.

Istiadat itu kemudiannya diteruskan dengan penyampaikan titah ucapan perasmian baginda, sekali gus menandakan bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 Tahun 2017.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-30 15:55:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page