Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
LOGIN
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Lebih 20,000 Rumah Selangorku sedang dibina

 

 

 

 

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Selangor sedang membina 20,675 unit Rumah Selangorku menerusi 24 projek sejak Insentif Pembinaan Rumah Selangorku diperkenalkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini hanya 665 unit yang sudah siap dibina merangkumi dua projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

“Berdasarkan pecahan, rumah Jenis A 1,333 unit, Jenis B 4,300 unit, Jenis
C 8,875 dan Jenis D 6,167,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.

Secara keseluruhan Kerajaan Negeri sudah meluluskan pembinaan 89,396 unit dengan 24,700 mendapat kebenaran merancang (KM) yang merangkumi 45 projek.

Manakala 3,803 unit merangkumi 13 projek telah mendapat kebenaran merancang serta pelan bangunan sejak insintif itu diperkenalkan.

Sumber : Selangorkini

 


Kemaskini pada 2017-03-30 15:57:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page