Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program Tuisyen Percuma Online diharap lonjak prestasi pelajar

SHAH ALAM 5 APRIL: Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains,Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Program Tuisyen Percuma Online adalah salah satu inisiatif peduli rakyat Kerajaan Selangor yang merupakan pelengkap kepada Program Tuisyen Percuma.

Beliau berkata kemudahan tuisyen online percuma ini menggunakan kaedah trend terkini yang mudah diakses melalui penggunaan teknologi yang boleh dimuat naik menggunakan aplikasi android.

Katanya, dengan pelaksanaan Program Tuisyen Percuma Online ini diharap melonjakkan prestasi peperiksaan pelajar di Selangor di peringkat nasional serta memberikan manfaat kepada semua pelajar.

“Diharap ia dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar serta jurang antara kaya dan miskin,” kata Nik Nazmi semasa Pelancaran Smart Selangor Free Tuition Online, di sini hari ini.

“Kita akan memantau program ini bagi melihat keberkesanannya,” katanya.

Anak-anak Selangor boleh daftar di www.smartselangorfreetuition.com

 

FREE TUISYEN

 

TUISYEN

 

IMG_2840

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-04-23 13:24:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page