Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Teliti tingkat bantuan mahasiswa di Timur Tengah

JORDAN, 4 MEI: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan menambah peruntukan mahasiswa yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah selaras keperluan dan peningkatan kos sara hidup, pada masa kini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu turut didorong kejatuhan nilai ringgit yang semakin serius di pasaran dunia.

Katanya, inisiatif itu juga akan dimasukkan dalam Belanjawan Selangor 2018 bagi memastikan nasib mahasiswa sentiasa terbela.

“Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah meneliti dan merangka sistem agihan komprehensif berhubung pengagihan bantuan kepada mahasiswa di Timur Tengah.

“Kerajaan Negeri melihat perhatian perlu diberikan kerana institusi pendidikan adalah sektor amat penting bagi memperkasakan modal insan kerana mahasiswa ini yang akan mempelopori tampuk kepimpinan, pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Mesir bagi menyerahkan bantuan Peduli Siswa Timur Tengah kepada pelajar di sana.

WhatsApp Image 2017-05-03 at 11.52.41 PMProgram itu adalah hasil kolaborasi Kerajaan Negeri bersama MBI dan anak syarikat antaranya Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Kumpulan Perangsang Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menyediakan dana kira- kira RM3 juta kepada 800 pelajar membabitkan tiga negara.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Daroyah Alwi; Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim; Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin dan Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Lawatan itu turut menyaksikan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan bersama Duta Malaysia ke Jordan, TYT Zakri Jaafar.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-09 16:14:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page