Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPSJ Anjur Anugerah Sekolah Sejahtera

SHAH ALAM, 5 MEI: Sekolah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM2,000 menerusi penganjuran Anugerah Sekolah Sejahtera 2017/18.

Berdasarkan hebahan di laman web rasmi MPSJ, penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah swasta.

Dengan slogan ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, antara aspek utama dinilai termasuk kesihatan dan kebersihan, kelestarian alam sekitar serta landskap dan keceriaan.

Bagi anugerah utama, Anugerah Sekolah Sejahtera, tempat pertama kategori sekolah rendah bakal menerima wang tunai RM1,500, diikuti tempat kedua dengan RM1,000 dan ketiga (RM800).

Bagi kategori sekolah menengah pula RM2,000 untuk pemenang tempat pertama, kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Sementara itu, bagi Anugerah Khas (Kesihatan dan Kebersihan) dan Anugerah Khas (Kelestarian Alam Sekitar), pemenang bagi kategori sekolah rendah dan menengah bakal menerima RM1,000 bagi tempat pertama diikuti RM800 tempat kedua dan RM500 (ketiga).

Selain wang tunai, pemenang turut menerima piala dan sijil.

Borang dan syarat penyertaan boleh diperolehi menerusi laman web rasmi MPSJ di ocps.mpsj.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh juga hubungi Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ di talian 03-8026 4038 atau 03-8026 4452.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-19 17:05:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page