Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PJ City Food Bank bantu 1,733 penghuni rumah kebajikan

PETALING JAYA, 6 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya menyumbang makanan dan minuman kepada golongan miskin bandar dan orang kelainan upaya (OKU) sebanyak 59.71 tan sehingga kini.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, bantuan menerusi program PJ City Food Bank itu disalurkan kepada 1,733 penghuni rumah-rumah kebajikan di sekitar Petaling Jaya.

Katanya, sebanyak 64 organisasi menerima manfaat daripada program itu antaranya rumah anak yatim, persatuan OKU, rumah jagaan warga emas dan persatuan ibu tunggal.

“Projek berteraskan komuniti ini turut dikagumi oleh Bandaraya Asan yang merupakan antara ‘Sister City’ sehingga mendorong mereka untuk memberi sumbangan kepada kita pada tahun 2015.

“Antara projek utama yang dirancang di bawah hala tuju budaya dan komuniti adalah program ini. Bermula 2012, MBPJ menjadi perintis di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dengan menubuhkan program ini.

“Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar serta golongan OKU melalui pemberian makanan dan keperluan asas kepada rumah kebajikan,” katanya di majlis perasmian PJ City Food Truck, baru-baru ini.

Mohd Azizi berkata tahun lalu, MBPJ mendapat tajaan daripada Bank Rakyat kepada program itu sebanyak RM1.5 juta untuk tempoh tiga tahun.

“Menjadi tanggjungjawab moral sebuah kerajaan untuk memastikan pembangunan bandar diseimbangkan dengan tanggjungjawab sosial bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“MBPJ amat prihatin dan serius isu ini dan perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata sejak 2008, MBPJ tampil membantu menerusi pelbagai program termasuk program menjana pendapatan ibu tunggal dan OKU serta bantuan makanan dan keperluan asas dapur secara berkala, kemudahan tiga buah van transit OKU dan program kemahiran untuk belia.

“Berdasarkan rekod MBPJ, terdapat 974 keluarga miskin tegar di sekitar Petaling Jaya yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

“Mereka ini sangat perlu dibantu bagi meneruskan kehidupan di bandar raya yang terkenal dengan bebanan kos hidup yang sangat tinggi,” katanya.

MBPJ menubuhkan pusat operasi PJ City Food Bank di Seksyen 8, yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan makanan dan minuman hasil sumbangan daripada syarikat pengeluar makanan, badan korporat, pasaraya dan lain-lain.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-22 11:55:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page