Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok

KLANG, 7 MEI: Taman Rakyat di Andalas kini menjadi taman awam pertama daerah Klang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azmi Muji berkata, pewartaan taman awam itu bertujuan mewujudkan sebahagian kawasan bebas asap rokok sekaligus melindungi keselesaan dan kesihatan pengunjung.

Katanya, MPK komited membantu Kerajaan Negeri melaksanakan kempen dalam memberi kesedaran kepada perokok untuk tidak mencemarkan alam sekitar khususnya di kawasan rekreasi.

“MPK juga akan mempertingkatkan usaha mempromosikan pelbagai program supaya dijadikan platform bagi membentuk gaya hidup sihat.

“Kita berharap usaha ini mendapat kerjasama daripada masyarakat sekitar dan MPK akan memperluaskan lagi kawasan bebas asap rokok secara berterusan,” katanya di Majlis Perasmian Taman Awam sebagai kawasan larangan merokok peringkat daerah Klang,” di Taman Rakyat, di sini.

Sementara itu, Ketua Unit Kesihatan Penyakit Berjangkit (NCD) Negeri, Dr Mohamed Ismail Lasa berkata, taman awam itu merupakan kawasan ke-24 dipilih sebagai kawasan larangan merokok.

Katanya, ia sebagai usaha menjadikan Klang sebagai lokaliti penting sekaligus untuk menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan serius menangani permasalahan itu.

“Kematian dari merokok menjadi kedua tertinggi, 90 peratus perokok akan mati sebab penyakit barah, 70 peratus berpunca dari sakit paru-paru dan 25 peratus menderita penyakit jantung,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohamed Ismail memaklumkan larangan pembeli rokok bagi usia 21 tahun akan diperkenalkan hujung tahun ini.

Penguatkuasaan merokok di Taman Awam itu dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2017 ini.

Sebanyak 2,000 risalah diedarkan sempena pewartaan di Taman Awam itu.

Pewartaan itu mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

Denda dikenakan maksimum RM 10,000 dan penjara dua tahun jika disabit kesalahan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-22 11:57:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page