Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL peneraju transformasi mengupaya OKU

KUALA SELANGOR, 8 MEI: Universiti Selangor (UNISEL) buat julung kali menganjurkan Karnival Smart OKU 2017, pada 5 dan 6 Mei lalu, di kampus utama UNISEL, Bestari Jaya.

Dekan Pusat Perkembangan dan Pengajian Asasi, Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada pelajar dan masyarakat berhubung keupayaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, semua pihak perlu mengiktiraf golongan itu yang semakin selesa bersaing termasuk dalam aktiviti kesukanan.

4“UNISEL mahu menjadi peneraju dalam menyantuni golongan OKU ini.

“Kita mahu memupuk sikap saling membantu dan menghormati antara satu sama lain di samping memberi peluang kepada pelajar mencari pengalaman baru mengendalikan OKU dalam pelbagai aktiviti,” katanya.

Karnival dua hari itu antara lain menampilkan Khutbah Jumaat bertajuk ‘OKU Istimewa Dalam Islam’, Diskusi OKU, Peluncuran Buku, Monolog Tokoh Pelajar Keperluan Khas UNISEL, Sesi Dialog OKU bersama komuniti dan persembahan Man Raja Lawak.

Ketika sesi bual bicara, pelakon, Zarina Zainuddin turut tampil berkongsi pengalaman serta kekangan dalam menguruskan dua orang anaknya yang menghidap ‘autism’.

1Kemuncak program disempurnakan dengan Larian ‘Smart OKU Awareness Run’ anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) OKU seluruh Selangor, yang disertai lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar dan OKU.

Program anjuran Pusat Perkembangan dan Pengajian Asasi UNISEL itu turut mendapat kerjasama Kelab Pelajar Psikologi Industri, Bahagian Pembangunan dan Jaringan Komuniti serta Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI).

 

 

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-22 12:05:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page