Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS: Tangani kemiskinan cara halus

SHAH ALAM, 9 MEI : Usaha menangani isu kemiskinan dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi pelbagai pendekatan dan inisiatif berterusan.

Antara pendekatan diambil termasuklah penganjuran program melibatkan anak-anak golongan fakir miskin seperti pendedahan Kursus Cemerlang Peperiksaan (KCP), Skor A, Kursus Pemantapan Diri (KPD) dan Kursus Mahasiswa dan Mahasiswi Selangkah ke Alam Pekerjaan.

LZS dalam kenyataannya berkata, pendekatan itu juga dilaksanakan sebagai pelan jangka panjang pihaknya bagi menangani isu kemiskinan secara halus membabitkan penyertaan golongan tertentu.

18278261_10155111257241221_6269419522969619080_o“Program ini menyasarkan anak asnaf dari darjah 5 hingga tingkatan 5 serta yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Mereka ini adalah aset kepada keluarga untuk membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan,” kata kenyataan itu.

Pengisian lain termasuklah sesi seminar oleh pakar motivasi, aktiviti kesukanan dan riadah, slot modal insan dan kelas pembangunan sahsiah diri.18320627_10155111257306221_8860917718905191843_o18238049_10155111257121221_4701988016188129414_o

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-22 12:28:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page