Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tourism Selangor fokus tarik pelancong Taiwan

SHAH ALAM, 11 MEI: Tourism Selangor julung kalinya mengambil bahagian dalam pameran pelancongan terbesar di Expo Pelancongan Taipei 2017, Taiwan yang berlangsung 5 hingga 8 Mei baru-baru ini.

Pengurus Besarnya, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, expo terbabit bertujuan meningkatkan bidang tumpuan baru khususnya Taiwan yang menjadi destinasi terkenal bagi rakyat Malaysia.

Katanya, pihaknya memberi penekanan kepada tiga elemen utama iaitu perubatan, Eco dan Sukan serta MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran).

“Kita memperkenalkan tempat menarik antaranya Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal dengan kelip-kelip hingga ke pusat membeli belah bertaraf dunia, hiburan dan taman tema terbaik di Asia.

“Tourism Selangor juga memberi penekanan kepada beberapa produk baru yang muncul dengan pesat. Produk-produk ini seperti Sky Mirror di Kuala Selangor, Bangi Wonderland di Bangi dan juga beberapa pusat membeli-belah mesra pelancong terbarunya diramalkan untuk menjadi hit untuk pelancong Taiwan,” katanya dalam kenyataan.

Noorul berkata, Tourism mengalu-alukan pelancong dari Taiwan ke negeri itu yang menawarkan siri tarikan pelancongan menarik serta pengalaman baru ekoran jumlah pelancong yang mencecah 51,480 menjadikan Taiwan di kedudukan ke 9 daripada 10 negara Asia Timur.

Katanya, dengan gabungan sejarah dan budaya menggabungkan kehidupan bandar serta kampung, infrastruktur moden, Selangor adalah destinasi pilihan pelancong luar dan dalam negara.

“Populariti Selangor dalam kalangan pelancong Taiwan diharap dapat meningkat daripada 3 hingga 5 peratus. Kami di Tourism Selangor juga ingin mengukuhkan lagi hubungan bersama dengan Biro Pelancongan Taiwan dan bekerja bersama-sama di luar 2017.

“China adalah pasaran terbesar pengunjung Selangor. Ia semakin berkembang dan menyaksikan pertumbuhan yang mampan dalam ketibaan pelancong China ke Selangor dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kapasiti penerbangan dari dua syarikat penerbangan antaranya Malindo Air dan Air Asia serta agensi pelancongan baru turut membantu meningkatkan jumlah pelancong.

“Discover Selangor merupakan tanda aras Tourism mempromosikan produk baru dan lama yang belum mendapat perhatian, sekali gus menonjolkan dan menggalakkan pasaran pelancongan.

“The ‘Heart of Malaysia’ turut digunakan sebagai slogan mengukuhkan kempen promosi semasa, selain menunjukkan Selangor sebagai hab bagi pengangkutan, pembangunan, pelaburan, perniagaan, pendidikan dan perubatan,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:36:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page