Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

300 graduan INPENS dirai

SHAH ALAM, 16 MEI: Seramai 300 graduan Inpens International College (INPENS) menerima pertauliahan kecemerlangan akademik dan tamat pengajian pada Majlis Konvokesyen INPENS kali ke-21.

Majlis Konvokesyen disempurnakan Exco Pendidikan, Pembangunan, Modal, Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, pagi ini.

Hadir sama, Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau dan Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman.

Sementara itu, Majlis Konvokesyen turut meraikan graduan sijil kemahiran peringkat PW2 dan PW4 meliputi pengajian 10 sektor pendidikan INPENS.

Majlis kemuncak itu juga turut mengiktiraf graduan cemerlang menerusi penganugerahan khas, Anugerah Exco Pendidikan Negeri Selangor, Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Turut disampaikan, Anugerah Semangat Jati Diri, Anugerah Inspirasi Belia, Anugerah Terbaik Sektor dan Anugerah Sukan.

Dalam perkembangan itu, Majlis Konvokesyen turut memperlihatkan Cokmar INPENS sebagai simbolik pengisytiharan penganugerahan Diploma dan Sijil pada perarakan masuk graduan.

Ia sebagai signifikan kepada kejayaan cemerlang graduan INPENS sepanjang tempoh dua tahun pengajian di bawah Institusi Pendidikan Kerajaan Negeri itu.

Terdahulu, INPENS ditubuhkan seiring wawasan Kerajaan Negeri menjadikan sistem tenaga mahir dan kemahiran diterapkan kepada anak-anak Selangor.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:44:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page