Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Festira’17 buka ruang 6,000 usahawan pasar produk

SHAH ALAM, 18 MEI: Festival Ramadan Selangor 2017 (Festira’17) membuka ruang dan peluang kepada lebih 6,000 usahawan di Selangor memasarkan produk.

Ia ekoran festival anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (Prec) sering menjadi tumpuan ramai bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri setiap tahun.

Exco Generasi Muda, Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata sejak penganjurannya beberapa tahun lalu, festival yang menyajikan pelbagai pengisian itu mendapat perhatian orang ramai bukan hanya di Selangor malah negeri lain.

“Dengan pelbagai program dan barangan jualan dalam Festira’17, ia memberi kemudahan kepada masyarakat yang mengunjunginya.

 

“Selain itu dalam masa sama, festival ini tentunya memberi ruang yang lebih kepada usahawan di Selangor dalam memperkenal dan memasarkan hasil jualan mereka,” katanya dalam majlis perasmian Festira’17 di SACC Mall, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran festival seperti Festira’17 juga adalah bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Shah Alam, Petaling Jaya dan bandar lain di Selangor sebagai pusat tumpuan kepada masyarakat.

Festira’17 kali ini menampilkan kelainan dengan tiga pusat membeli belah, SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi, menganjurkannya dengan identiti tersendiri dan berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif Prec, Fakru Radzi Ab Bhani berkata, SACC Mall akan menampilkan tema Kampung Kita ‘Nostalgia Raya’, Kompleks PKNS Shah Alam dengan Seni Bina Islam dan Timur Tengah manakala Kompleks PKNS Bangi bertemakan Arab Timur Tengah.

Katanya, festival kali ini menekankan unsur lebih islamik bersesuaian dengan Ramadan sebagai bulan beribadah menampilkan barisan selebriti terkemuka antaranya Inteam, Rabbani, Far East, Raihan, Lah Ahmad, UNIC, Nowseeheart, Saff-one dan Munif Ahmad.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:47:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page