Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lebih 270,000 peserta TAWAS sejak 2008

SHAH ALAM, 1 JUN: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 272,356 ahli berdaftar dengan 272,049 masih hidup dan baki 309 sudah meninggal dunia, setakat hari ini.

Tinjauan di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,419 ahli sudah menerima penyata sementara 143,630 masih belum menerimanya.

Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 184,367 diikuti Cina (49,851), India (30,467 dan lain-lain (7,364).

Pendaftaran tertinggi diterima pada 2013 dengan 47,901 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,844 sahaja.

Untuk tahun ini, TAWAS menerima 4,367 permohonan, namun hanya 3,177 permohonan didapati layak untuk menerima skim berkenaan, setakat Mei lalu.

Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS terbuka kepada kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun.

Pada 17 Ogos 2015, Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor diluluskan bagi memastikan ahli TAWAS menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

YAWAS turut memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 yang akan diberikan kepada waris ahli TAWAS jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:52:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page