Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Agenda Pencerahan - pacu pembangunan intelektual

SHAH ALAM, 7 JUN : Kerajaan Negeri giat memacu pertumbuhan pembangunan intelektual menerusi inisiatif penerbitan semula buku-buku ilmiah oleh ilmuan Islam serantau.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu mampu melonjakkan lagi kuasa intelektual rakyat untuk didedahkan tentang pemahaman berkait aspek kegemilangan falsafah Islam terdahulu.

Katanya, ia turut dizahirkan secara konsisten menerusi pelaksanaan ‘Agenda Pencerahan’ bagi memperkasakan aspek pembangunan intelek masyarakat Selangor.

“Tiada Kerajaan Negeri yang berminat secara serius membangunkan kuasa intelektual rakyat melalui penerbitan buku-buku ilmiah berkualiti.

“Namun pendirian diambil Kerajaan Negeri Selangor ini didorong hasil komitmen untuk melakukan perubahan dan inisiatif inilah mendorong Selangor menjadi negeri yang terus membangun.

“Apa yang lebih penting, untuk menjamin kejayaan sesebuah bangsa adalah keupayaan Kerajaan Negeri untuk fokus kepada pembangunan intelektual itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Buku Edisi Khas ‘A History Of Muslim Philospohy’ di Perpustakaan Raja Tun Uda, hari ini.

Terdahulu, buku berkenaan menceritakan perkembangan dunia ilmuwan Islam sekitar 1,400 tahun lalu, oleh penulis M.M Sharif.

Setebal 1812 muka surat, ia ditempatkan di Perpustakaan Raja Tun Uda untuk pembacaan dan kajian ilmiah masyarakat tempatan.

Mohamed Azmin berkata, penghasilan semula nashkah berkenaan diyakini mampu merungkai sejarah pertamadunan dari sudut pemikiran Ilmuan Islam ketika itu.

“Karya ini amat penting kerana sebelum penerbitannya, sejarah falsafah Islam hanya ditulis dan dikupas ‘orientalis’ yang melihat kegiatan falsafah Islam dari kaca mata barat.

“M.M Sharif berjaya mengumpulkan semua sarjana Islam yang melihat dan menulis perkembangan Islam di zaman kegemilangan mengikut perspektif Islam.

“Kesedaran dan pemahaman sebenar terhadap falsafah Islam ini perlu diserap dalam generasi kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatinya,” kata Mohamed Azmin.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:54:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page