Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jenazah adinda Sultan Selangor selamat disemadikan

SHAH ALAM, 9 JUN: Adinda DYMM Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 68, selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini, hari ini.

Persemadian Allahyarham disempurnakan dengan istiadat diraja kira-kira jam 11 pagi tadi dengan dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norasyikin, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta kerabat diraja lain.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin; Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan hadirin lain.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Makam Diraja Shah Alam selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, kira-kira jam 10 pagi.

Sembahyanag jenazah diimamkan Mufti Selangor, Dato’ Seri Mohd Tamyes Abd Wahid manakala bacaan talkin oleh Timbalan Mufti, Dr Anhar Opir.

Allahyarham Tengku Puteri Sofiah dilahirkan pada 14 Mei 1949, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, petang semalam dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga, kerabat diraja Selangor dan yang lain.

Selain Allahyarham, Sultan Selangor mempunyai dua adinda lelaki iaitu Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman dan Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah serta tiga adinda perempuan, Tengku Puteri Zaharah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anakanda dan dua cucunda.

Sumber : Selangorkini

 


Kemaskini pada 2017-06-11 08:56:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page