Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Masjid, surau dan SRA di Sungai Besar terima RM120,000

SABAK BERNAM, 9 JUN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM119,500 kepada masjid, surau dan sekolah rendah agama (SRA) di Sungai Besar, di sini, hari ini.

Sumbangan RM50,000 diberikan kepada Sekolah Rendah Agama Parit 11 Timur dengan RM30,000 diperuntuk bagi membiayai kos baik pulih pejabat, bilik mesyuarat dan pagar sekolah manakala bakinya RM20,000 untuk kos baik pulih musolla.

Sementara itu, RM30,000 disumbangkan kepada Surau Nurul Iman, Parit Satu Timur untuk menampung kos membaik pulih dan naik taraf surau.

 

Pada masa sama, Surau PT3 Barat menerima sumbangan RM20,500 untuk baik pulih prasarana sementara Masjid Parit 12, Sungai Panjang menerima sumbangan berjumlah RM10,000.

Turut menerima sumbangan, Kafa Integrasi Nurul Ehsan Lubuk Pusing dengan RM9,000 bagi membiayai kos mengecat dan pembelian penyaman udara.

Majlis disempurnakan Mohamed Azmin di Masjid Parit 12, sebelum Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya serta perasmian masjid.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:58:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page