Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pelaburan ekonomi e-dagang diperkukuh

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri komited mengukuhkan pelaburan ekonomi digital e-dagang menerusi Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) melalui pelbagai teras utama.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, sebagai negeri yang merupakan penyumbang tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Selangor akan memacu ekonomi digital itu secara berterusan.

“Ketika ini, Malaysia mengalami perubahan ekonomi digital dan menyumbang kira-kira 17 peratus kepada KDNK negara.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui SITEC akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memupuk penjanaan ekonomi e-dagang melalui pelbagai teras,” katanya kepada SelangorKini.

Chang Khim berkata SITEC kini berkembang dengan pelbagai inisiatif antaranya memberikan pendidikan percuma kepada peniaga dalam bentuk pembelajaran alam maya dan akademi SITEC.

Katanya, kemunculan Zon Perdagangan Bebas Digital merupakan satu lagi bentuk perubahan dan dengan perubahan yang datang ia memerlukan peluang dan cabaran.

“Saya yakin peniaga e-dagang bukan sahaja akan menggunakan peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi jenama dan pendapatan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping berkata, pihaknya berjaya mendidik lebih 3,000 peserta dan melatih 200 peniaga dibawah program 100 online dengan menjana pendapatan sebanyak RM3 juta menerusi 10,000 pesanan produk, tahun lalu.

“Kami amat menggalakkan peniaga tempatan menyertai perniagaan atas talian dan kami menyokong lebih 400 gabungan aplikasi mudah alih di Google Playstore dan Apple Store yang dibangunkan oleh SITEC.

“Tahun ini, kami menyasarkan melaksanakan lebih banyak program untuk orang ramai. Terbaru, kami berjaya melancarkan dua lagi produk percuma bagi peniaga bukan sahaja Selangor tetapi Malaysia,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-19 14:47:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page