Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Penjawat awam terima dua bulan insentif Aidilfitri

SHAH ALAM, 13 JUN: Sambutan Aidilfitri buat penjawat awam di Selangor tahun ini pasti lebih bermakna apabila Kerajaan Negeri mengumumkan insentif sebanyak dua bulan.

Berita gembira yang dinantikan sejak permulaan Ramadan itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, hari ini.

“Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji.

“Manakala, tahun ini bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk seluruh anggota penjawat awam sebanyak dua bulan gaji,” katanya.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam yang hadir sambil menggayakan persalinan baju melayu serta baju kurung bagi menghidupkan suasana Syawal yang bakal menjelma.

Insentif itu akan mula diserahkan pada 21 Jun ini membabitkan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam Selangor.

Dalam ucapan sama, Mohamed Azmin turut mengumumkan Kerajaan Negeri bercadang membayar satu lagi insentif pada hujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan kerja penjawat awam.

“Saya sudah membincangkan perkara ini bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya).

“Pada enam bulan terakhir ini, bukan sahaja menilai prestasi kerja setiap pegawai dan anggota tetapi kita juga menuntut prestasi jabatan serta agensi supaya apabila digabungkan, membolehkan Kerajaan Negeri mengumumkan satu lagi insentif yang belum pernah kita dengar sebelum ini,” katanya.

IMG_7129 IMG_7242

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-19 14:50:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page