A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBPJ bantu 122 keluarga kurang berkemampuan

PETALING JAYA, 20 JUN: Kira-kira 122 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan baucer RM100 dan duit raya sebanyak RM200 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, sumbangan itu merupakan salah satu program khidmat komuniti MBPJ kepada penduduk sekitar Petaling Jaya.

“Melalui sumbangan yang diberikan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka untuk sama-sama menikmati syawal yang bakal menjelma,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sivik, semalam.

Dalam program itu, seramai 28 orang pelajar cemerlang 2016 yang terdiri daripada anak-anak kakitangan MBPJ.

“Anugerah ini sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, Azizi turut mengedarkan bubur lambuk dan kuih raya kepada semua kakitangannya.

Sumber : Selangorkini

 
 

Kemaskini pada 2017-07-04 16:25:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page