Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Air Selangor sedia pelan kecemasan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 24 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan pelan siap siaga dan operasi sepanjang Aidilfitri, bermula 24 Jun hingga 2 Julai ini.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, pelan itu bertujuan menangani gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, ketika musim perayaan.

“Pelan merangkumi pemantauan paras air kolan takungan perkhidmatan dan rumah pam. Selain itu, lori tangki juga bersiap sedia membekalkan air bantuan,” katanya.

loji-rawatan-airKatanya, operasi pusat panggilan 24 jam dan panel kontraktor bersiap sedia untuk melaksanakan pembaikan kecemasan jika berlaku paip bocor atau pecah.

Orang ramai dinasihati menggunakan air dengan berhemah, sepanjang musim perayaan.

Maklumat lanjut boleh layari www.syabas.com.my, mySYABAS (aplikasi telefon bimbit pintar) atau ikuti Facebook Air Selangor untuk senarai kawasan yang dijangka akan mengalami tekanan air rendah atau gangguan bekalan air akibat permintaan dan penggunaan tinggi, ketika musim perayaan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-05 10:40:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page