A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Terus komited semarak pelaburan, usaha jaya sasaran

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kerajaan Negeri komited memastikan nilai pelaburan tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM6.5 bilion.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, hal itu kerana Selangor juga turut dijangka akan ke negara Eropah bagi meneruskan Misi Menggalak Pelabur tidak lama lagi.

“Walaupun jumlah pelaburan setakat ini masih belum diumumkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) namun saya yakin ia akan mencapai target kita tahun ini.

“Ia menambah keyakinan lagi apabila usaha gigih Kerajaan Negeri dua tahun lalu menampakkan hasil contohnya tahun lalu, Selangor berjaya melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM7.8 bilion berbanding nilai sasaran hanya RM6 bilion,” katanya kepada SelangorKini.

Chang Khim menganggap pencapaian terbabit di luar jangkaan sekaligus strategi misi pelaburan ke luar negara mendatangkan hasil yang menggalakkan.

“Setakat ini, Selangor mencatatkan negeri paling aktif dalam menganjurkan misi pelaburan untuk menarik pelabur asing khususnya ke Selangor,” katanya.

Sehubungan itu, Chang Khim berkata Kerajaan Negeri dijangka akan meneruskan misi terbabit ke Eropah seterusnya meneruskan misi ke negara Asean yang lain.

EKONOMI SELANGOR“Kita sudah menyenaraikan beberapa negera, bagaimanapun kita akan melihat perkembangan dunia sebelum membuat rancangan akhir.

“Kita juga akan meneruskan rancangan ke negara Asean. Lima bulan pertama ini kita sudah mengadakan lawatan ke Taiwan, China, India. Juga German dan Belgium,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap tempoh 2017 sebagai tahun paling mencabar berikutan ketidaktentuan situasi ekonomi semasa di peringkat Persekutuan ketika ini.

Namun, beliau percaya Selangor akan berjaya mengekalkan pelaburan sedia ada berpandukan keyakinan bahawa Selangor akan menerima kemasukan pelabur yang lebih tinggi dari dalam dan luar negara.

Malah, beliau percaya negara luar termasuk Taiwan mampu menyediakan peluang dalam pelbagai bidang ke arah meningkatkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) Selangor untuk tahun mendatang.

Tahun lalu, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM7.8 bilion. Peningkatan itu didorong hasil kemasukan syarikat pelabur utama seperti Toyota dan Rolls Royce yang membangunkan industri berteknologi tinggi serta mengurangkan pergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Merujuk kepada laman sesawang MIDA, jumlah pelaburan ke Selangor adalah RM7,880,767,374. Ia merangkumi pelaburan dalam negeri berjumlah RM4,529,119,807, manakala pelaburan luar negara berjumlah RM3,351,647,567.

Prestasi itu juga menunjukkan Selangor berada di kedudukan kedua dalam jumlah pelaburan tertinggi, pada 2016 selepas Johor, manakala Sarawak ketiga.

Dalam misi pelaburan ke Taiwan baru-baru ini, negara itu mengangkat Selangor sebagai hab bagi menembusi pasaran Asean dan negara Islam di Timur Tengah.

Malah, industri halal Selangor turut diperkembangkan ke tahap lebih tinggi menerusi ekosistem baru, bahan mentah dan kewangan serta semua aspek perlu mematuhi prinsip syariah.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-06 09:04:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page