A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Teknologi Precast tingkat keselamatan Balai Polis Country Homes

RAWANG, 7 JULAI: Selangor memanfaatkan penggunaan teknologi Precast pada struktur bangunan Balai Polis Country Homes sebagai langkah meningkatkan keselamatan di premis itu.

Pengarah Esekutif Jutabina Sempurna, Sakiman Muhammad Yusuf berkata, kaedah itu pertama kali diaplikasikan pada stuktur pembinaan bangunan balai polis di Selangor.

Katanya, teknologi itu mampu menahan serangan pengganas atau letupan selepas melalui beberapa siri ujian tembakan dilaksanakan pihak berkuasa, sebelum ini.

“Ia pertama kali digunakan di Selangor membabitkan keseluruhan besar struktur bangunan ini yang sudah siap 90 peratus pembinaannya.

“Hasil ujian sebelum ini juga mendapati struktur bangunan lebih kukuh dengan jaminan keselamatan lebih baik,” katanya pada sidang media di sini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei.

Projek menelan belanja RM16 juta di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-10 itu dijangka siap penghujung Julai ini.

Ia bakal menempatkan 80 anggota polis dengan pembaikan fasiliti dua blok bangunan dengan 18 unit Kuarters E lima tingkat dan Kuarters F dua tingkat.

IMG_4888Selain itu, sebuah unit rumah pengawal, bilik ‘MSB Genset’, 37 unit tempat letak kenderaan terbuka dan 19 unit berbumbung turut disediakan.

Kemudahan lain termasuk stor barang kes dengan kawalan keselamatan internal (dalaman) yang lebih efektif bagi mengukuhkan fasiliti premis berkenaan.

Sementara itu, Pei Nei berkata, pembangunan balai polis itu mampu meningkatkan kawalan jaringan keselamatan penduduk setempat.

“Balai polis ini tentunya dapat menampung keperluan keselamatan Country Homes memandangkan sebelum ini hanya ada empat pegawai polis sahaja yang berkawal di pusat kawalan sementara.

“Saya berharap penduduk dapat memanfaatkan projek ini dengan secara konsisten bekerjasama bersama pihak polis mengekalkan keamanan di kawasan ini,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-07 15:20:03 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page