Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Insentif Haji Selangor 2017

KENYATAAN MEDIA INSENTIF JEMAAH HAJI MUASSASAH NEGERI SELANGOR 1438H OLEH YB DATO' DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

EXCO AGAMA SAMBUT BAIK INSENTIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA JEMAAH HAJI NEGERI SELANGOR

promosi

Saya selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor sangat mengalu-alukan dan menyambut baik
keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor di dalam meraikan para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor bagi tahun ini dengan pemberian insentif khas sebanyak RM 500 seorang.
Pemberian insentif khas ini yang akan diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sebagai tanda kepedulian dan penghargaan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Negeri Selangor yang bakal menunaikan haji dan menjadi “Tetamu Allah” pada tahun ini.

promosi

Maka saya dengan ini menyarankan agar para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor dapat memanafaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang tertera dibawah ini dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup 22hb Julai 2017.

Syarat-syarat kelayakan :
1. Warganegara Malaysia;
2. Mendapat tawaran Lembaga Urusan Tabung Haji untuk mengerjakan haji Muassasah bagi tahun 1438H/2017M;
3. Bermastautin di negeri Selangor dan mendaftar haji di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji sekitar negeri Selangor.

Kaedah Permohonan : Dokumen-dokumen seperti di bawah hendaklah disahkan serta diserahkan ke Pusat Khidmat DUN/Pejabat Penyelaras DUN Selangor.
1. Salinan Tawaran Tabung Haji Muassasah bagi tahun 1438H/2017M;
2. Salinan Kad Pengenalan;
3. Tandatangan penerima ketika menerima sumbangan.

Saya mengharapkan agar para Jemaah Haji Selangor akan dapat mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Negeri Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membangunkan dan
memakmurkan Negeri Selangor agar setiap hasil negeri Selangor akan dapat dinikmati bersama rakyat Selangor. Akhirnya, saya mendoakan keselamatan dan kemudahan di dalam setiap urusan kepada semua Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor pada tahun ini dan kembali semula dengan Haji Mabrur. Insha Allah.

Y.B. DATO' DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI, DPMS
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO)
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi
16 Syawal 1438H bersamaan 10 Julai 2017


Kemaskini pada 2017-07-10 15:45:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page