A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rumah Terbuka Hari Raya Pejabat SUK meriah

SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Pejabat SUK Selangor berlangsung meriah bertempat di Dewan Jubli Perak.

Dengan pelbagai jenis hidangan daripada 14 buah gerai yang dihias penuh kreativiti, majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama barisan Exco dan kepimpinan Kerajaan Negeri serta dari seluruh agensi di Selangor.

SUK SambutanMajlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu Aidilfitri daripada kakitangan Pejabat SUK.

Sehingga jam 12.45 tengahari, lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan rumah terbuka ini.

Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan awam yang turut mengambil kesempatan merakam gambar kenangan sebelum beredar meninggalkan majlis.

Sumber : Selangorkini.


Kemaskini pada 2017-07-21 15:03:40 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page