A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

‘Jom Daftar Nikah’ penyelamat kahwin tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memperkenalkan Program Khas Pendaftaran Perkahwinan Berlawanan Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 ‘Jom Daftar Nikah’ bagi memastikan perkahwinan umat Islam sah mengikut syarak.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berkata, program itu cetusan pembentangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia kali ke-33 di Sungai Petani, Kedah, pada 18 dan 19 November 2015.

Katanya, cadangan itu dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terlebih dahulu dengan mengambil kira pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Selangor, Ketua Hakim Syarie Selangor dam Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

“Terdapat peningkatan statistik kes kesalahan matrimoni (perkahwinan) di Selangor. Pada 2015, terdapat 1,708 kes dan 1,938 kes, pada 2016.

“Keadaan ini menunjukkan banyak berlaku kesalahan perkahwinan berlawanan dengan enakmen seperti perkahwinan sindiket, pemalsuan dokumen, nikah tanpa kebenaran dan lain-lain,” katanya.

Haris berkata, program itu akan dilaksanakan selama tiga bulan mulai jam 8.30 pagi, pada 1 Ogos ini hingga 4.30 petang, 1 November 2017.

HARISAntara syarat permohonan perkahwinan berlangsung sebelum 1 Januari 2017 ialah bermustautin di Selangor bagi lelaki untuk pernikahan poligami tanpa kebenaran dan perempuan untuk pernikahan bujang atau dara dan duda atau janda sementara warga negara Malaysia (salah seorang atau kedua-dua pihak).

Menerusi program ini, kes akan diuruskan segera dalam tempoh 120 hari bekerja dan jika pernikahan tidak sah berdasarkan perintah mahkamah, pasangan akan dibantu untuk bernikah semula.

Katanya, program itu bagi menjaga nasab keturunan umat Islam khususnya di Selangor dan Malaysia serta secara langsung dapat mengurangkan statistik pendaftaran anak tak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana statistik berkenaan termasuk anak pasangan yang berkahwin tanpa kebenaran.

Selain itu, ia mengurangkan risiko masalah pendaftaran kelahiran anak, tuntutan berkaitan kes penceraian termasuk perkahwinan baru selepas iddah serta pendaftaran persekolahan anak.

Untuk keterangan lanjut, pasangan boleh layari laman sesawang www.jais.gov.my.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-25 16:05:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page