Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tingkat pengawasan kebakaran hutan simpan

berita

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kebakaran Hutan Simpan Gambut di Bestari Jaya, di sini, berulang dipercayai daripada aktiviti pencerobohan bagi tujuan memancing.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza berkata, ia berdasarkan siasatan awal yang diterima berhubung punca kebakaran itu.

Katanya, selain faktor panas, unggun api atau puntung rokok yang tidak dipadam sepenuhnya, sama seperti tahun lalu.

“Kawasan hutan simpan adalah kawasan larangan. Kita mahu kawasan ini dipertingkatkan kawalan dan pengawasan,” katanya yang juga Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor.

Sehubungan itu, Shamsul menggesa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perhutanan mempertingkatkan lagi pengawasan di kawasan hutan itu bagi membolehkan penceroboh didakwa.

Katanya, kerjasama penduduk juga diperlukan untuk melaporkan sebarang aktiviti pencerobohan yang berlaku di kawasan hutan.

“Kita juga menasihatkan pengusaha ladang sawit berhampiran tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka kerana dikhuatiri boleh merebak ke hutan simpan ini,” katanya.

Baru-baru ini, hutan berkeluasan 120 hektar di kompartment 100,101 dan 102 terbakar.

Ia dikatakan berpunca dari kawasan belukar berhampiran bekas lombong sebelum dipercayai merebak ke kawasan tanah gambut, bermula 6 Ogos lalu.


Kemaskini pada 2017-08-10 11:32:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page