A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pertahan adat budaya, pacu pembangunan belia tempatan

berita

SHAH ALAM 24 OGOS: Belia seluruh negeri disaran memainkan peranan untuk terus menyanjung tinggi prinsip kebudayaan dan jati diri yang kukuh bagi memartabatkan nilai pembinaan bangsa.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, prinsip itu membolehkan golongan belia Selangor lebih maju ke hadapan dengan berpaksikan nilai adat dan budaya zaman yang tidak dipinggirkan.

“Dunia yang semakin bergerak maju ke hadapan dengan kemajuan teknologi itu harus selari dengan perkembangan insan, akal, akhlak dan jati diri. Justeru, belia Selangor perlu ada ketahanan untuk mempertahankan ketamadunan, adat, budaya dan penyatuan masyarakat kerana ini yang akan membawa kita ke hadapan.

“Ini menjadi persoalan sepanjang zaman yang harus difikirkan untuk menjadikan rakyat Selangor lebih berdaya saing, di peringkat global,” katanya pada Townhall Session sempena penganjuran Kongres Mahasiswa Selangor 2017, di Dewan Raja Muda Seksyen 7, baru-baru ini.

berita

Amirudin berkata, aspek kebudayaan dan jati diri berfungsi sebagai pendukung kejayaan golongan belia, memandangkan peluang penerokaan terhadap bidang yang semakin meluas.

Katanya, keberkesanan itu turut dizahirkan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai dasar yang tidak meminggirkan aspek kebudayaan dan pembinaan bangsa.

“Walaupun kemajuan zaman itu semakin dinikmati, namun elemen ini seharusnya perlu dipertahankan sebagai bukti bahawa agenda kebudayaan berkenaan tidak lenyap ditelan zaman,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memberi tumpuan terhadap dasar pembangunan potensi bagi mewujudkan pembabitan belia aktif, di Selangor.

Ia membabitkan teras keusahawanan dan pekerjaan, kepimpinan juga organisasi, teknologi maklumat dan organisasi, kemasyarakatan, jaringan kesukarelaan, kebudayaan dan kesenian, kesejahteraan dan kesihatan, sukan dan kecergasan serta agama dan kepercayaan.

Inisiatif merealisasikan dasar itu dilaksankan menerusi penubuhan Penggerak Belia Tempatan bagi melahirkan kepimpinan berdaya saing untuk menjadi ejen perubahan kepada golongan belia, di Selangor.


Kemaskini pada 2017-08-25 08:40:17 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page