Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sultan, Permaisuri sertai rakyat dalam #AnakAnakMalaysia Walk

berita

SHAH ALAM, 27 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir dan melepaskan peserta #AnakAnakMalaysia Walk 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, hari ini.

Baginda disertai DYMM Tuanku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Juga turut serta, Pengerusi Jawatankuasa #AnakAnakMalaysia & Eco World Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow.

 

Seramai kira-kira 5,000 peserta menyertai acara jalan kaki sejauh lima kilometer anjuran Star Media Group Bhd dan Eco World Development Group Bhd itu.

Baginda Sultan dan Permaisuri serta tetamu kehormat lain turut menyertai acara #AnakAnakMalaysia Walk dalam jarak 2.2 kilometer.

Program memasuki tahun kedua itu diadakan bagi mewujudkan semangat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Ia satu tindakan sederhana tetapi berupaya yang menyemai harapan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat dan meraikan Hari Kebangsaan negara.

Acara terbabit turut menyaksikan penyertaan beberapa selebriti tanahair antaranya Maya Karin, Amber Chia, Neelofa dan yang lain termasuk lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh.


Kemaskini pada 2017-08-28 09:06:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page