Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

MB bersama rakyat di Kenduri Rakyat

berita

BATU CAVES, 8 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama penduduk Kampung Sungai Tua Bahru di Masjid Jamiatus Solahiah, Batu Caves.

Ketibaan beliau pada jam 1.10 petang disambut Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Nazir Masjid, Zainal Mohd Daruddin.

Solat jumaat diimamkan penceramah jemputan, Ustaz Mohd Zaki Zulkifli dengan tajuk khutbah ‘Membina Kekayaan Jiwa’.

Sejurus selesai, Mohamed Azmin bersama penduduk setempat memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan masjid.

Ia merupakan acara lazim buat Mohamed Azmin turun ke lapangan bertemu masyarakat setempat

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-11 07:40:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page