A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hargai sokongan Sultan Selangor, Kerajaan Negeri

berita

KLANG, 12 SEPT: Pemberian insentif Kerajaan Negeri kepada atlet Selangor atas kejayaan menyumbang pingat untuk kejuaraan negara dalam Sukan Sea 2017 disifat mereka sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kegemilangan pada masa depan.

Atlet berkaitan turut melahirkan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan mencemar duli menyampaikan kepada mereka dalam Majlis Penyerahan Insentif kepada atlet dan jurulatih Selangor mewakili negara dalam kejohanan itu.

Seramai 99 atlet dan sembilan jurulatih menerima insentif berjumlah RM540,000 disediakan Kerajaan Negeri apabila setiap atlet memperoleh emas menerima RM5,000 manakala pingat perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000).

“Terima kasih dan pastinya insentif ini memberi galakan kepada saya juga atlet lain untuk terus berusaha mencatat lebih kejayaan pada masa akan datang.

berita

“Sukan Sea kali ini yang ketiga dan kejayaan ini dianggap terbaik kerana dicatat di tempat sendiri biarpun turut meraih dua emas dalam temasya sama dua tahun lalu di Singapura,” kata atlet gimnastik artistik, Farah Ann Abdul Hadi, 23, yang mendapat RM10,000 untuk dua pingat emas bagi acara berpasukan wanita dan senaman lantai.

Katanya, ia adalah Sukan Sea yang ketiga baginya serta disifatkan sebagai pencapaian terbaik kerana kejayaan dicatat di negara sendiri.

Atlet pencak silat, Muhammad Faizul M Nasir, 29, turut menyifatkan kejayaan menggondol enas dalam kelas B Putra sebagai yang terbaik kerana mengulangi pencapaian di Sukan Sea 2015 di Singapura.

“Insentif ini akan memberi galakan kepada atlet dan pencapaian saya ini dapat diraikan bersama semua yang membantu termasuk isteri saya.

“Semoga kejayaan ini melonjak semangat saya untuk persediaan ke Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia,” katanya yang mendapat insentif RM5,000.

Sementara Chew Yiwei, 22, yang menyertai sukan akuatik, mendapat insentif RM8,000 untuk satu pingat emas (3 meter papan anjal) dan satu perak (10 meter platform) di Sukan Sea, berterima kasih dengan penghargaan diberikan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor yang menyokong untuk kejayaan saya dalam temasya sukan dwitahunan ini.

“Saya sudah memulakan latihan dan akan melipatgandakan usaha untuk kejohanan akan datang termasuk ke Sukan Komanwel 2018 di Australia,” katanya yang menyertai Sukan Sea buat kali ketiga tahun ini.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-12 10:12:36 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page