A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan Sharafuddin rasmi klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat

image

SHAH ALAM, 29 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat mencemar duli bagi melancarkan klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat (WSM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini, hari ini.

Turut serta, Pengerusi WSM, Tan Sri Dr Abd Rahman Arshad dan Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, Dato’ Ramli Mahmud.

Klinik bergerak itu adalah kerjasama WSM dengan KPJ Healthcare Berhad, Hospital Antarabangsa Beacon serta pihak lain antaranya Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Melalui kolaborasi itu, WSM akan menyediakan kenderaan diubah suai menjadi klinik bergerak, manakala pihak hospital menyediakan petugas dan ubat-ubatan.

 

Sejak ditubuhkan pada 2012, WSM sudah menubuhkan tiga klinik bergerak dengan dua daripadanya dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Damansara, Selangor dan KPJ Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Manakala sebuah lagi bersama Hospital Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya.

“Sehingga kini, WSM menyumbang RM8.8 juta dalam bidang pendidikan dan kesihatan membabitkan bangunan sekolah, van dan projektor.

“Manakala bagi kesihatan adalah klinik bergerak, mesin dialisis, tangki simpanan nitrogem dan peralatan perubatan lain,” kata kenyataan medianya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-02 07:42:37 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page