Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

OKU terus diperkasa diberi perhatian khusus

berita

SHAH ALAM, 14 OKT: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus diperkasa menerusi penganjuran Karnival Kerjaya dan Pemerkasaan Ekonomi OKU.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia merupakan platform membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada golongan itu dalam pelbagai sektor.

atanya, ia juga sebahagian usaha Kerajaan Negeri memastikan hak dan peluang sama rata dinikmati OKU dalam mendapatkan akses kepada pekerjaan dan kekal dalam pasaran kerja.

“Ini kerana golongan OKU dan keluarga mengalami situasi ekonomi lebih sukar berbanding dengan orang tanpa kecacatan.

“Golongan ini menghadapi cabaran dalam menjalani kehidupan seharian serta komitmen kewangan lebih tinggi akibat perbelanjaan tambahan dari segi perubatan, rawatan dan terapi serta peralatan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian karnival berkenaan di SACC Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Mohammad Hanafi Maulud dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate, Fakruz Razi Ab Ghani.

Daroyah berkata, pemerkasaan OKU dibuat bagi memastikan gologan itu menikmati kualiti hidup sama seperti orang lain.

“Dengan pekerjaan, pendidikan, latihan dan sokongan diperlukan, golongan OKU dan keluarga dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih berkeyakinan.

“Ia juga selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan dan kesenangan hidup rakyat keseluruhannya tanpa mengenepikan mana-mana pihak,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-17 07:30:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page