Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SELGATE lebar jaringan perkhidmatan seluruh Selangor

berita

SHAH ALAM, 31 OKT: Selgate Corporation (SELGATE) optimis mampu melebarkan rangkaian perkhidmatan kesihatan terbaik di seluruh Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, komitmen itu dilaksanakan menerusi pembelian ekuti majoriti 70 peratus dalam kumpulan klinik di negeri itu.

“Pada masa sama, hospital pertama milik SELGATE di Rawang akan mula dibangunkan sebelum hujung tahun ini.

“Selain di Rawang, SELGATE akan membina serta menguruskan hospital di Bangi, Setia Alam, Kota Damansara dan Shah Alam yang akan beroperasi pada 2020-2022.

“Selain itu, SELGATE merancang untuk membangunkan hospital di Bukit Beruntung, Kuala Selangor, Cyber Valley, Gombak dan Subang Jaya.

berita

“Sehubungan itu, SELGATE sentiasa mengamalkan dasar terbuka dengan para pelabur serta pemaju untuk bersama-sama membangunkan hospital ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemeteraian Persefahaman Memorandum (MOU) IJN Holdings Sdn Bhd dan SELGATE Corporation di Dewan Aster, Laman PKNS, pagi ini.

Dalam perkembangan sama Noor Hisham berkata, kerjasama syarikat itu mampu merancakkan lagi agenda perkongsian pintar (smart partnership) serta kerjasama swasta-awam disarankan di peringkat Kerajaan Negeri.

“Kerjasama ini akan memastikan risiko pembangunan dan pasaran dapat dikongsi bersama dalam memastikan konsep menang-menang dapat diwujudkan.

“Dialu-alukan syarikat, firma dan organisasi yang bersedia untuk bekerjasama dengan SELGATE bagi membangunkan bukan sahaja hospital dan tanah komersil di sekitar bangunan hospital yang dirancangkan,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-11-01 07:27:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page